Search This Blog

Resepi Paprik Ayam

PAPRIK AYAM 



Bahan-bahan diperlukan:

  • Sesudu bawang merah, putih dan halia yang sudah di blend
  • 3 batang baby jagung
  • 1 batang lobak merah (jenis sayur mengikut cita rasa masing2) 
  • Dua sudu lada boh (blender lada kering yg telah direbus)
  • Setengah sudu gula
  • Sesudu sos tiram, sos cili, kicap 
  • Secubit garam
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 ketul ayam ( dipotong kecil-kecil-boleh juga guna bahan2 yg lain)
  • tepung jagung kalau nak kuah pekat

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumiskan sesudu bawang merah, putih dan halia yang sudah di blend bersama dengan 2 sudu lada boh.
  2. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam cukup masak. (masukkan air kalau hendak paprik yang berkuah)
  3. Ketika ayam sedang di masak masukkan gula, garam, sos cili, kicap dan sos tiram supaya rasa dapat sebati dengan ayam tersebut. (bahan boleh ditambah sekiranya rasa tidak mencukupi)
  4. Letakkan tepung jagung jika hendak kuah yang pekat, jika tidak ada tidak mengapa
  5. Setelah ayam masak, masukkan lobak merah yang sudah dipotong dan baby jagung tersebut.
  6. Akhir sekali masukkan 5 helai daun limau purut yang dipotong kecil-kecil.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment